Wednesday, 28 September 2011

kau ada?

aku celaru .
mereka di situ .
aku keliru .
mereka disitu .
aku buntu .
masih. mereka disitu .
terima kasih ?
mereka tidak perlu itu .
tapi. masih . mereka disitu



                                                                     kau ada?

Kau.

kau nak ke mana ?
kemari . duduk .
duduk disini .
bukan . bukan disudut hati .
ambil . ambil ruang segenap hati ini .
pastikan kau kekal .
bukan sahaja disisi .
disegenap diri ini.
ambil . ambil isi hati ini .
jangan biar kan sepi menyapa .
jangan biarkan sedih berdamba .
taknak . aku tak mahu disakiti .
aku benci .
sakit tak terperi .
biarkan aku bergembira .
jauhkan aku dari duka . 
kerana aku bukan hidup selamanya .

Saturday, 10 September 2011

Ilmu.

Duduk diatas kolek,
Duduk molek molek-molek,
Kata pakcik dengan Pelat negeri Cek Mek Molek.

Dihujung sana ,
Nampak kehadiran Si Tua,
Kedut ditangan mengukir usianya,
Pasti kasar tangannya,
Tidak dimamah angka usia,
Berbuku pengalamannya,
Masih menebar jala,
Diangkat rezeki harinya,
Ikan yang boleh dikira,
Gagah mencari juga,
Buat santapan Isteri dan keluarga.

Ditebing sungai sana,
Nampak Sang arjuna bergempita,
Bertubuh gagah dan sasa,
Mendepang dada dan berkata;
Welcome Braderr,
Terkesima,
Boleh tahan orangnya,
Masih banyak yang hendak dirasa dan dicuba,
Memenuhi ilmu didada,
Mengisi fikiran dan Minda,
Untuk coretan lain masa,
Pengalaman untuk hari tua

Rumble.

Belum terlewatkan kalau ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Syawal masih disisi. Poket masih diisi oleh duit raya yang diberi.

kejap, kejap . kau ada pembaca ?


Soklan yang sentiasa mengelirukan diriku . Ada, adalah . Kalau tiada tu , tak salah nak bercengkerama sendiri . Merenung kekuasaan Ilahi .

Sedikit perkongsian . Tiada yang lebih indah selain dapat berbuka puasa bersama ahli famili dan rakan rakan yang waktu belum baligh dulu kesana kemari disisi .

Okay , sudah buat entri kali ini . Picisan yang sekali lagi mencoret diri ini .
Oh iya , sudah pagi . Selamat Pagi sayang (;

Sunday, 4 September 2011

Coretan Ringkas

sangat ringkas..

malam raya yang sangat biasa..lagak warga kota..di malam raya melepak di kedai mamak..bertukar cerita dan melawak bersama insan tersayang..adanya saudara jauh dan dekat bila semua dah berkumpul semuanya seronok..aku dan 3 orang lagi sepupu ku..kami seolah tiada hala tuju..hahaha..entah sampai pukul berapa entah..berbekalkan roti tisu dan neslo ais...menarik! bercerita dan gelak ketawa tak ingat dunia..hhhaa

pagi raya..


semua terlajak tido sampai maklang dah bunyikan siren suaranya...hhaha..habis semua ditarik...oh selimut!
nak bersiap satu hal dah lah semua berselendang..hey my first raya(not first eid actually)hahaha..berlitup..hehehe..semua mencari pin,jarum dan cermin! nasib rumah maklang banyak cermin..orang berada la katakan...sementara tu sempat lagi tangan ni mencapai kuih raya sambil mengisi..hhaa..lepas orang sembahyang raya kami tak siap lagi..bila dah siap semua menuju ke rumah wan...ingatkan salam salam time rupanya semua melantak dulu..hai ni la perangai semua..haha..termasuk aku..hampeh..lepas tu bergambar gambar dan sesi air mata bermula! ni la saat aku tak senang duduk..selesai semua kami mulakan photoshoot..dah semua kaki bergambar memang tak boleh lari..heheh..macam macam pose diberi..ah! indah semuanya...