Thursday, 29 December 2011
Kepuasaan,Kenikmatan,Kepayahan dan Aku
keriangan tidak terhingga pabila di ajak untuk menikmati satu lagi ciptaan tuhan yang tidak ternilai..tapi diri ini masih baru dan sejujurnya ada sebesar kuman rasa kemalasan dalam diri ini tapi sebahagian lagi melonjakkan berharat dapat menjejakkan kaki..mengapa?kerana kepuasaan dan hadiah di atas tidak ternilai terletak disana.memang susah tapi semua itu ada nilai sentimental yang tersendiri buat aku..rasa malas itu sedikit demi sedikit pasti beransur kurang.begitu harapnya.aku sanggup bercengkang mata ,semata mata hingga lewat pagi untuk merasai setiap detik di atas sana.beban yang aku rasa di bawah semuanya hilang.di sana semuanya tenang.sesunyi malam yang sepi. aku bersyukur kerana tuhan izinkan.tidak sangka hasrat di hati dapat di kotakan. sungguh tuhan itu maha adil kerana beri aku peluang.sebenarnya semua ini menyusahkan,kerana aku boleh je untuk memilih senang seperti bersantai di rumah,menonton tv dan lain lain tetapi aku memilih untuk susah.semua rakan rakan selalu memarahi kerana aku lebih suka memikul kesusahan tapi aku tidak kisah dan sanggup memilih kesusahan janji ada kepuasan dan pembelajaran dari situ.manusia memang sukar dijangka dan untuk di puaskan.same goes to me.kenikmatan mendaki ggunung buat kali pertama sesuatu yang harus dirasai.Kenikmatan,Kepuasaan,Kepayahan..
Wednesday, 28 December 2011
Menerima Apa Adanya
“Hari ini aku menerima segalanya dalam hidupku.Orang,situasi,keadaan,kesusahan,kesedihan dan sebarang kejadian sepertimana ianya.”
Sedar dan tahu bahawa sememangnya alam berkeadaan begini pada masa ini dan semestinya begini kerana alam semesta memerlukan keadaan sebegini untuk terus kekal berfungsi dan seimbang.Saat yang kita alami ketika ini adalah merupakan kemuncak dari semua masa yang sedang berjalan,kerana segenap alam semesta adalah seperti adanya ketika ini dan mengikut system yang telah ditetapkan Tuhan.
Alam berfungsi atas dasar harmoni dan berpegang kepada system dan program yang sempurna (precise)sejak azali.
Peredaran tidak ada cacat cela sejak berjuta-juta tahyn lalu, berfungsi sempurna hari ini dan akan terus berfungsu dengan sempurna di masa hadapan,sehinggalah Tuhan sendiri yang mengubahkannya.Alam tidak berupaya mengingkari system yang telah diprogramkan untuknya,walaupun seinci.
Tidak seperti manusia!Sungguhpun manusia itu sebahagian dari alam,ia berupaya menentang sesetengah perintah Tuhan.Perkara-perkara perkara yang melibatkan peredaran atau program alam.Tubuh manusia adalah hakalam.Ia mesti bernafas menggunakan oksigen,mesti makan dan minum,darah mengalir,tidur dan akhirnya mati.
Roh manusia berkemampuan untuk menidakkan perintah dan suruhan Tuhan,sungguhpun tubuh yang didiaminya mematuhi system alam dan juga mematuhi Tuhan.
Jika kita memberontak kerana tidak memperolehi apa yang kita inginkan,sebenarnya pemberontakan itu adalah terhadap alam semesta.Kita mestilah menerima dengan menyeluruh apa yang berlaku ketika ini walaupun tidak sepertimana yang diharapkan.Kita boleh meletakkan harapan-harapan yang lain untuk masa depan.Begitu juga jika kita marah kepada seseorang atau sesuatu perkara,sebenarnya kita marah dan kecewa dengan perasaan kita,bukannya orang atau perkara tersebut.Kita perlu bertanggungjawab terhadap perasaan kita sendiri dan mengubahkannya.
Ketidakadilan Sesama Manusia
Tidak ke anda rasa di dunia ini banyak yang tidak adil..Ini bukan soal takdir atau apa Cuma manusia itu sendiri yang membuat sesuatu perkara itu tidak adil.Di sini ingin Dahlia nyatakan,sebelum itu semua ini hanya pandangan.”Everyone has their own nose”.Begitu juga anda.
Ini ceritanya.Mengapa orang yang tinggi IQnya(pandai)harus di beri keutamaan yang melambung tingginya,sedangkan yang sebaliknya tidak(kurang bijak).Bukan ke ini di gelar tidak adil?Sepatutnya kedua-dua harus di beri perhatian yang sama.Mereka yang pandai harus diasah lagi manakala yang tidak kita tingkatkan lagi.Sekiranya tidak dari segi akademik mungkin dari segi lain.Setiap dari kita mempunyai kepandaian dan keistimewaan tersendiri..Begitu juga anda dan saya.Ini bukan soal cemburu ya,saya sendiri ada tahap kepandaian yang Tuhan berikan sama seperti yang lain-lain.Kita sendiri yang kena manfaatkan.Jadi semua pihak mendapat perhatian.Tiada alas an untuk merungut atau mengadakan propaganda.Semua ini selalu dikaitkan dengan darjat dan politik.Kita semua sama sahaja,anda yang tentukan.Relevan lagi ke darjat tu?Orang yang pandai tidak boleh bergaul dengan mereka yang lemah?Sungguh rendah mentality mereka.Sekarang zaman 21st century tetapi masih ada segelintir dari manusia masih lagi berfikaran bukan pada tahap ini.Memang kita tidak boleh mengharap lebih daripada mereka Cuma mereka sendiri yang harus keluar dari tempung kerana ada golongan yang pandai ini mengganggap mereka sudah berkuasa tetapi hakikatnya kamu masih berada di bawah termpurung..Hey wake up today is 21st century man!
Kesimpulannya kita harus sama-sama memberi peluang kepada semua untuk menyerlah kerana di depan sana ada sesuatu yang menanti.Jadi jangan sesekali merendahkan seseorang itu dengan alas an di bawah anda kerana dia tidak pandai.Kita tidak tahu yang sebenarnya ada perkara yang dia lebih arif daripada anda walaupun dia tidak mempunyai sehelai kertas bernama ijazah.
Monday, 26 December 2011
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Dam(n) Me
| I am neither old nor young, Neither weak nor strong, Even I have doubts In my pros and my cons, True, I fed millions Who sowed in dismay for years, Who could turn sand into gold Given a chance, I was destined for this By my white master, But sooner or later One day I may burst And like Asoka’s troupe, I may run over and slaughter The children of God’s land, Damn me! Now they are fighting, Fighting in my name, Let me warn them one thing: Dams may come and dams may go But life must flow for ever… |
"I Wandered Lonely as a Cloud"
I wandered lonely as a cloud That floats on high o'er vales and hills, When all at once I saw a crowd, A host, of golden daffodils; Beside the lake, beneath the trees, Fluttering and dancing in the breeze. Continuous as the stars that shine And twinkle on the milky way, They stretched in never-ending line Along the margin of a bay: Ten thousand saw I at a glance, Tossing their heads in sprightly dance. The waves beside them danced; but they Out-did the sparkling waves in glee: A poet could not but be gay, In such a jocund company: I gazed---and gazed---but little thought What wealth the show to me had brought: For oft, when on my couch I lie In vacant or in pensive mood, They flash upon that inward eye Which is the bliss of solitude; And then my heart with pleasure fills, And dances with the daffodils. |
Sunday, 25 December 2011
fuuhhhfuuh
fuuhh,fuuhhhh lama dah tak buka..ketandusan idea dan kesibukkan yang melampau..
hmm macam macam terjadi..hati ni dari kosong sampai penuh dengan bunga..weeee..
entry ni agak santai..mau puisi?or apa apa?later baru update..now nak tulis apa yang diriku yang kerdil ni rasa.
seperti yang telah di agak nak sampai the end pun..now dah the end pun..aku?masih mencari-cari yang hakiki..
cinta tidak kejam..tapi manusia yang kejam..aku tidak tahu sama ada aku redha atau pasrah?redha itu ihlas ,pasrah itu menyerah..tuhan berikan aku petunjuk..
for my dear friends be strong..nntkan enty untuk kalian..hehe..terharu,sedih semua ada masa kalian ambil keputusan.tanniah!
note: ringkas..tiada kata kiasan ,tiada ayat yang gramatis..
heyy,i found someone,actly dia kawan mcam mana boleh rapat ..hehe..sangat menenangkan..

Sunday, 18 December 2011
funny story
#1 -i was bending over to wipe up a spill on the kitchen floor when my wife walked into the room."see anything you like?"I asked sugestively.
"Yeah,"she said "YOu doing the housework"
#2- MY sister in law's mother had surgery for a week bladder.After the operation ,I rang up my brother to enquirw how she was
"Oh she's fine,"he sid."In fact ,he's home and dry."

Thursday, 15 December 2011
15 Tahun & Aku & Insan Bergelar Bapa
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu nama penuh abah. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu apa-apa mengenainya..
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu salasilah keluarganya. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu apa puncanya..
15 tahun aku hidup aku tidak pernah mengenali wajahnya walaupun dari sekeping gambar. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu tarikh matinya
Aku anak yang terukkah?Hmm..Entah..Mungkin…Setiap kali menziarah sedara mara lebih lagi yang tua mereka acapkali bercerita tentang individu yg aku di Bintikan..Dari situ aku tahu mengenai dia.tidak banyak yang aku tahu,Selama aku membesar dari situ aku kumpulkan maklumat sikit demi sedikit.Keluarga terdekat tidak pernah bercerita dan aku tidak pernah bertanya..Mungkin aku tak sanggup?Mungkin aku tak terima?Aku sendiri tidak tahu mengapa jadi sedemikian.Aku pun tak tahu..yang aku tahu (tak tahu tarikh yang sebenar)ketika dia hendak di hantarkan ke Jepun pada hari itu jugaklah dia meninggal..Jepun di mana dia akanmendapat rawatan susulan yang terbaik untuk penyakitnya..Mungkin ada hikmah mengapa Tuhan ambil dia pada hari tersebut.Tuhan tak mahu dia lagi menderita dengan penyakit yang di hidapi.Benda ni berlaku sebulan selepas aku di lahirkan dan dia tak dapat melihat anak perempuannya hanya dapat menyentuh..Aku tidak pernah mengenali insan yang bergelar Ayah..Aku tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.
Selama ini aku simpan semuanya aku buat endah tak endah.Hakikatnya aku memendam rasa.Seronok melihat bapa-bapa lain yang berseronok dengan anak mereka,pergi memancing,berjalan-jalan,lakukan aktiviti bersama-sama dan aku tak pernah merasai semua tu.Aku tidak salahkan apa yang tertulis untuk aku kerana aku tahu Tuhan merancang sesuatu yang lebih baik.Aku harap anak-anak di luar sana hargai dan luangkan masa bersama-sama dan hargai sementara Tuhan tidak ambil hak milikNya.
p/s : Kali pertama aku bercerita tentang kehidupan aku.Sekadar ingin keluarkan apa yang selama ini menyesakkan dada..
Kalau Itu.
Kalau itu kehendaknya. .
Kalau itu kata hatinya . .
Kalau itu impiannya. .
Kalau itu kemahuannya. .
Kalau itu selama ini dia mahu. .
Aku turutkan walau berat untuk aku lepaskan .
Aku tidak tahu sama ada aku mampu teruskan. .
Aku tak mahu ambil tahu lagi semua itu. .
Sejak awal lagi aku tahu. .
Yang aku tak akan diterima. .
Tapi nak buat macam mana. .
Aku yang degil. .
Biarlah dia dengan dunia baru. .
Aku tahu dia takkan kembali. .
Hanya dengan izin sahaja dia akan kembali. .
*hati cubalah bertenang. .
Wednesday, 14 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Malam Akhir . .
malam ini malam terakhir..patutlah rasa lain je sepanjang hari..patutlah seminggu ni rasa lain saja..rupanya benda ni nak berlaku..dah agak..dah nampak ending dia..sekali lagi nak lalui benda yang sama.. Tuhan kuatkanlah hambamu ini..aku tak pasti aku boleh atau tidak tapi yang penting kita harus mencuba..~kit tidak tahu sampai bila kita hidup dan kita tidak tahu sampai bila kita akan bersama dengan orang tersayang tapi semasa kita bersama nikmatilah sepuasnya..aku suka ayat atas ni..dan aku nikmati setiap detik..terima kasih ya kerana beri peluang..aku tak tahu prinsip yang aku buat ni betul ke tak..biarlah masa tentukan tapi entahlah aku tak berani nak berjanji apa apa..past is past..life must go on..and i must move on..may i??entah..entah entah entah..itu je yang mampu sekarang ni aku cakap..
p/s-hati masih berkata ya..
p/s-hati masih berkata ya..
Monday, 12 December 2011
malam ini
malam ini semuanya terungkai..kisah 2 tahun
lalu di buka balik..
betulkah aku baik?entahlah..orang yang menilai..
mungkin pertemuan itu mengajar aku.
biarlah seluka mana pun
mungkin ada hikmah..
aku belajar dari situ..
itu yang dia hendak,biar dia rasakan..
dari situ aku belajar supaya jangan marah tak tentu pasal..
semua ada sebab yang kita sendiri tidak tahu..
*PUAS

Sunday, 11 December 2011
semakin
semakin hari semakin jauh aku terasa..
semuanya berlaku dengan pantas..tup tap tup tap dah nak 2012.tak percaya tahun ini akan berlaku dengan pantas,dah banyak rupanya yang aku tempuh dengan izin tuhan.kadang kala kecewa dengan semua di sekeliling.tapi bukan itu maksudnya,aku kecewa dengan perasaan aku sendiri.macam entri yang sebelum ini..*menerima segalanya.
manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.jadi apa yang mereka nak sebenarnya?kompleks atau tidak manusia ini?semakin hari manusia semakin misteri,banyak yang perlu diperkatakan.
kawan..betulkah zaman sekarang masih ada 'taman sejati'?kita sering nyanyikan lagu teman sejati tapi adakah mereka wujud?entahlah..tiada siapa yang boleh jawab..
oarang yang aku sayang pergi hari demi hari.tuhan lebih sayangkan mereka daripada aku..mungkin. orang sekelilng juga sering kata demikian .dah tu,kita yang tinggal di bumi ini tuhan tidak sayangkah?
p/s:sekadar luahan hati yang tidak berjawab

Saturday, 10 December 2011
melegar pelantar alam..
ketika burung putih itu berpusing pusing
mencari suluk rimbun perteduhan
hanya ranting panas ditemui
lelah jerih melegari alam ini
namun tiada pengisahan diterima
setiap kelibat membawa kenangan tersendiri
mengira waris pusaka yang telah menghilang
itulah nyanyian paruh si burung lilin
serindit pula bersuara garau
gagak bersedih tanpa menguak
bangau putih berleher pendek
burung selayak bersantai dungu
bebilis terbang tidak berkawan
segalanya berubah tabii
angkara alam yang mula merantai
kebebasan ini sungguh terbatas
bagi sayap sayap mengibar
sesaat lemah seharian lenguh
mencari jejak jejak warisan alam

KAmi HAnyalah BUrung
kami hanyalah burung
menghiasi taman
maka jangan ditembak
keriangan kami
kami hanyalah burung
bermandi awan
maka jangan dikurung
kebebasan kami
kami hanyalah burung
menyegarkan hutan
maka jangam dirosakkan
tempat bermain kami
kami hanyalah burung
meriuhkan alam
maka jangan dihancurkan
kehidupan kami. .
menghiasi taman
maka jangan ditembak
keriangan kami
kami hanyalah burung
bermandi awan
maka jangan dikurung
kebebasan kami
kami hanyalah burung
menyegarkan hutan
maka jangam dirosakkan
tempat bermain kami
kami hanyalah burung
meriuhkan alam
maka jangan dihancurkan
kehidupan kami. .
Friday, 9 December 2011
Kau,yeahh kau lah!
mengapa majoriti orang buat blog hanya untuk mengutuk?
even copy orang punya at least dia tak kutuk orang tu..
memang salah ! admit!
tapi apa guna hanya buat blog sekadar mengutuk?
memang kalian punya blog tapi. . .
fikirlah akibatnya . .
*peringatan buat diri sendiri..
*sekadar minat cara penulisannya ,jadi aku post benda yang sama buat tatapan yang lain..

Hanya Sekali
betul peluang itu hanya sekali
tapi tatkala peluang datang
pasti ada yang leka
bila ia terbang ke mari
semuanya terasa selamat
bila sayapnya hancur
tiada lagi yang selamat
semuanya hancur sepi
dan peluang tidak kembali. . .
tapi tatkala peluang datang
pasti ada yang leka
bila ia terbang ke mari
semuanya terasa selamat
bila sayapnya hancur
tiada lagi yang selamat
semuanya hancur sepi
dan peluang tidak kembali. . .
Nature
Nature is beautiful
Nature is fun
Love it or hate it
Nature is something to love
Nature is god’s gift to us
Nature
Nature we love
Water and feed’s us
God gave us nature
We cant’t without it
Nature makes us
I know nature
Nature is beautiful
Nature is bout the earth
Nature has flower’s and weed’s
Weed’s or flower’s nature is us
nature
Pertanyaan
Ku pejamkan mata,
Ku bayangkan cinta
Indahkah rupanya?
Harumkah baunya?
Ku dongak ke langit,ku lihat bintang di sana
Ku pandang kelam malam,
Ku nampak sang kunang-kunang
Apakah bezanya mereka?
Sedang keduanya membuktikan kebesaran-NYA
Ku renung sang bulan,
Ku lukis wajahnya disana
Benarkah aku tercipta untuknya?
Adakah aku dicipta untuknya?
Ku selami hati sendiri,
Ku temui rahsianya disitu. . .
All That Is Gold Does Not Gilter
All that is gold does not gilter
Not all those who wonder are lost
The old that is strong does not wither
Deep roots are not reached by the frost
From the ashes a fire shall be widen
A light from the shadows shall spring
Renewed star be blade that was broken
The crownless again shall be king
Wednesday, 7 December 2011
one more..
one more time..yeah aku jumpa kembali permata yang telah hilang..
bukan satu tapi 3..terima kasih!
buat aku gembira..
jumpa teman bicara..
buat aku tersenyum..
bukan satu tapi 3..terima kasih!
buat aku gembira..
jumpa teman bicara..
buat aku tersenyum..
Monday, 5 December 2011
Menerima Apa Adanya
“Hari ini aku menerima segalanya dalam hidupku.Orang,situasi,keadaan,kesusahan,kesedihan dan sebarang kejadian sepertimana ianya.”
Sedar dan tahu bahawa sememangnya alam berkeadaan begini pada masa ini dan semestinya begini kerana alam semesta memerlukan keadaan sebegini untuk terus kekal berfungsi dan seimbang.Saat yang kita alami ketika ini adalah merupakan kemuncak dari semua masa yang sedang berjalan,kerana segenap alam semesta adalah seperti adanya ketika ini dan mengikut system yang telah ditetapkan Tuhan.
Alam berfungsi atas dasar harmoni dan berpegang kepada system dan program yang sempurna (precise)sejak azali.
Peredaran tidak ada cacat cela sejak berjuta-juta tahyn lalu, berfungsi sempurna hari ini dan akan terus berfungsu dengan sempurna di masa hadapan,sehinggalah Tuhan sendiri yang mengubahkannya.Alam tidak berupaya mengingkari system yang telah diprogramkan untuknya,walaupun seinci.
Tidak seperti manusia!Sungguhpun manusia itu sebahagian dari alam,ia berupaya menentang sesetengah perintah Tuhan.Perkara-perkara perkara yang melibatkan peredaran atau program alam.Tubuh manusia adalah hakalam.Ia mesti bernafas menggunakan oksigen,mesti makan dan minum,darah mengalir,tidur dan akhirnya mati.
Roh manusia berkemampuan untuk menidakkan perintah dan suruhan Tuhan,sungguhpun tubuh yang didiaminya mematuhi system alam dan juga mematuhi Tuhan.
Jika kita memberontak kerana tidak memperolehi apa yang kita inginkan,sebenarnya pemberontakan itu adalah terhadap alam semesta.Kita mestilah menerima dengan menyeluruh apa yang berlaku ketika ini walaupun tidak sepertimana yang diharapkan.Kita boleh meletakkan harapan-harapan yang lain untuk masa depan.Begitu juga jika kita marah kepada seseorang atau sesuatu perkara,sebenarnya kita marah dan kecewa dengan perasaan kita,bukannya orang atau perkara tersebut.Kita perlu bertanggungjawab terhadap perasaan kita sendiri dan mengubahkannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)