Monday, 29 August 2011

Let Me Spill Out

My mood driving me out loudly . You i miss you . You , I'm happy when i have a conversation with you . You , i remember your essence . You , i keep hearing your voice in my head saying 143 . You , I love when you perfectly fit your fingers between mine . You , I love listening when you singing . You , I love see you sleep because its cute . You , i always remember the moment you lay down your head on my shoulder .  You , i miss the feeling missing you . You , i miss having your picture as my wallpaper . You , I miss feeling very excited when i receive call and texts from you . You , i miss wishing you every night and morning . You , I miss wipe your messy mouth .   You , i missing talking to you by Eid's night . You , I miss wiping your tears . You , i miss when you accept my bad side and forgive me alot . You , i miss when jealousy strikes me . You , i miss when we share the same moon sight from our bedroom .  You , i miss you sulky-ness . You , i miss hearing your voice calm me down .  You , i miss when we sneek out just to say 143 .You , i miss the sweet talk between us . You , i miss your hand around me . You , i still remember your heat . You , i miss being your biggest stalker . You , i miss when you count on me . You , i miss sending you random texts to say how much i love you . You , i miss having half of me again . You , count on me and let me say this once again ;

I ♥ You
 
#thosetruththingsaboutmeforsomeoneicalledlove
 
 
 

Thursday, 25 August 2011

dan lagi

lagi aku terluka lagi..susahnya hidup..

masih lagi boleh bertahan?
masih adakah hati?
tidak berubahkah?

Sunday, 21 August 2011

Kosong.

Malam yang dingin.Angin menari-nari diruang legar.Tiada picisian yang menarik malam ini.Cuma hati tersentuh sedikit.Sanggup nak menahan untuk bulan yang akan datang?Entah.Tuhan berikan kekuatan pada hambamu yang lemah ini.Harap Kau dengar.Dan buat teman bicara,kemanakah kau menghilaang saban hari?


Malam sunyi lagi aku luahan.Mari sayang.fz ;)

Mana Ibu?

Aku tahu , kunjungan di blog ku berkurangan . Malahan mungkin tiada yang menjenguk . Yalah , hanya sebuah picisan , bukan seperti orang lain . Ada lagu sedap , ada rona-roni sana sini  . ada widget yang kadangkala aku lihat tergetus , wah, cantiknyaa . Aku hanya menaip sebuah lagi picisan diari hidup , seorang lagi manusia bernama ******** .

Ramadhan sudah lebih separuh meniggalkan kita . Sedih , Ramadhan ku tidak seperti sebelumya

Kenapa ?
Tanya Tuhan , sedih tidak beribadat lebih . Aku terhanyut . terleka dalam sandaran mimpi sebentar .
Tadi , aku menjenguk sebuah lagi , yang mungkin dianggap picisan hina segolongan muda mudi kini tetapi , intisari tersirat seribu makna .

Ingin ku kongsi cerita ini

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




Hampir mengalir air mata pipi . Mana Ibu ? Aku tau kau sentiasa ada mendoakan anak- anak mu . Terima Kasih Tuhan diatas pemberian - Mu

Diri dan Hidup

Hidup ini adalah medan segala kemungkinan,penuh dengan ketidakpastian.

Kenalilah diri sendiri dahulu…

Maka,kita akan berupaya menenpuh sisa hidup ini dengan penuh kebijaksaan dalam ketidakpastian.Keghairahan untuk menempuh medan segala kemungkinan akan terus berdenyut dalam kebebasan yang hakiki tanpa terdesak.Sandarkan kepada redha apa yang telah terjadi dan tawakal apa yang diusahakan.

Masa silam itu kenangan,masa depan itu misteri dan masa sekarang adalah anugerah. . . .

Wednesday, 17 August 2011

Thank You For Loving Me

It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I

Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
Thank you for loving me

I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue
Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning you would part the sea
And risk your own life to rescue me


Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I


Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me

When I couldn't fly
Oh, you gave me wings
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me


thank you for loving me sayang :)



Aku Harus Terus

berfikir:
kemanakah hentinya sang rama-rama
dan dimanakah akhirnya luas angkasa

aku:
awan larat senantiasa mendung
angin yang selalu senandung

haruskah aku berselindung?

bukakan jalan untukaku berlagu
jalan lurus yang takkan mampu aku
toleh silam yang membeku
tepu

aku harus lupa akan itu

Luahan Semasa.

Lama sudah kita tidak ketemu ya sayang? Fuhh berhabuk sudah.

Banyak yang berlaku dalam tempoh kita berjauhan ini.Ohya, aku dah 4 bulan dan lepas ni banyak lagi keperitan yang bakal dirasai.Rasa nak menangis setiap kali aku tidak di hiraukan..Tapi nak buat macam mana,perjanjian sudah dibuat..Hmmm.

Binggung.

Binggung kerana sejak kebelakangan ni banyak luahan yang disampaikan..Dan aku jadi takut.Lucu bukan?Patutnya gembira.Bukan apa orang yang tidak disangka-sangka membuat pengakuan,mestilah terkejut ! Lepas tu yang aku dah ada,sayang akan yang itu.Mana boleh menduakan.Aku bukan seperti itu.Bila nak tak ada pun yang datang,cuba tak nak berderet-deret yang nak.Inilah yang paling tidak digemari..

sudah la kali ini coretan ku agak santai mengenangkan pagi yang indah.Bye sayang.-FZ =)

Sunday, 7 August 2011

Epik Lanjutan

6  haribulan . Enam hari sudah aku berpuasa . Iya , Kau pun puasa . Kau juga . Iya, dan Kau juga . Pelbagai coretan yang terlakar dibulan mulia ini .

Apa Cerita ?

Banyak Cerita . Ceritera yang kalau dicerita tetap tidak akan pernah habis ceritanya . Kehidupan yang berjalan dari hari ke hari mencoretkan kisah dan pengalaman yang berbeza . Kehidupan yang ku ambilnya isinya untuk mengajarku menjadi lebih celik berbanding hari-hari semalam .

I dont change . I just grow up and learn different things . Have a shot sometimes.

Kalau diselak kamar hati , banyak yang nak dikongsi rasa tapi lidah ku bisu seribu kata . Jari-jemari yang menaip hanya turut perintah akalku yang mengawal saluran saraf ke jari ku .
oh iya , buat rakan rakan kesayangan nun disana . Seribu kemaafan ku pinta kerana tidak dapat bersama malam ini . Have your night

Apa lagi ?
Tiada lagi . Hingga ke coretan seterusnya .

p/s : Kau lah tempat ku mengadu Tuhanku .

Saturday, 6 August 2011

Hidup ini.

Hidup ini adalah medan segala kemungkinan,penuh dengan ketidakpastian.

Kenalilah diri sendiri dahulu…

Maka,kita akan berupaya menenpuh sisa hidup ini dengan penuh kebijaksaan dalam ketidakpastian.Keghairahan untuk menempuh medan segala kemungkinan akan terus berdenyut dalam kebebasan yang hakiki tanpa terdesak.Sandarkan kepada redha apa yang telah terjadi dan tawakal apa yang diusahakan.

Masa silam ini kenangan,masa depan itu misteri dan masa sekarang adalah anugerah. . . .

semua yang bermain-main.Mari sayang. ;)

Monday, 1 August 2011

Sunyi.

Terasa ingin sahaja kujeritkan pada seluruh alam,
bercerita tentang kesunyian yang sedang kurasakan ini.
Ingin kuluahkan pada angin tentang kekalutan perasaan ini,
 tetapi apakah mereka akan mengerti?
 Jika pun seluruh isi alam ini mengerti,
bisakah mereka bersuara bagi meredakan gelora rasa hati ini?