Thursday, 23 June 2011

hari ini

hari ini aku keluar dengan topi baru..ala-ala princess diary..semua orang pasti lihat..huhu..mungkin pada fikiran mereka "ouh budak ni mesti ada penyakit"..tak kisah orang nak cakap apa..dengan muka serba tak kena tak mustahil orang akan berbicara sebegitu..haaa ada ciri-ciri orang berpenyakit kronik kan?hahaha..dengan rambut dimasukkan memang sah aku ni berpenyakit...cuba badan sahaja tak menunjukkan..kalau orang sakit pasti kurus,ini tidak tembam je..macam makan ubat tambah berat badan...

Tuesday, 21 June 2011

Bila Aku Bicara pada 3 pagi

Pena yang puitis tidak butuh kertas yang berwarna . Helaian yang bersih dan suci kalau ditari hujung pena mampu menitiskan air mata atau meninggalkan robek yang tulus dan ikhals dihati pembaca .- Inspirasi Di awal pagi .

Termenung sejenak .

Gelak . Lucu melihat telatah telatah mereka yang yang menempel perasaan harian di blog masing masing . Biarlah . baru nak up lah katakan . Aku gelakkan gelagat orang tanpa sedar aku pernah begitu . Biarlah . aku dah Up sikit .

TUJUAN . aku menggerakkan sepuluh jari Ciptaan Ilahi menari nari diatas tab ini tanpa tujuan . Yalah , ada satu tujuan . aku ingin bermain dengan bahasa . aku butuh perbahasan indah . aku gemar membaca transkrip indah yang diseri dengan tari bahasa yang menikam kalbu , yang mampu menggoda alis mata aku membaca setiap perkataan yang dilemparkan dan diceritakan . Perbahasan yang moden dan terbuka tapi penuh dengan pengajaran dan maksud . Kalian mungkin berfikir ;

apasal minah ni ? kerek gila ayat . nak bajet je kan ?


Kalau ditanya , aku sendiri tidak pasti apa yang mahu dilontar sebagai jawapan . Bahasa itu begitu indah . Lebih menawan dari seseorang yang sering aku berdamping .

kau ingat blog kau ada yang baca ?


Gelak . Senyum sinis sedikit . mngkin ya , mungkin tidak . biarlah , orang baca atau tidak aku bukan hidup untuk memuaskan hati semua orang . aku hidup sebagai salah seorang Khalifah ciptaan Ilahi untuk terus berbakti dan berbudi .

Bukan apa , kadangkala sedih bila melihat teknologi yang saban berubah setiap saat , merapuh malah membunuh bahasa bunda . aku bukan mahu jadi sarkastik dengan menaip seperti sasterawan ternama tapi entah mengapa bila berbahasa , jiwa rasa gembira . Manusia sekarang gemar menelanjangkan perasaan dengan kata kata .

Baik direct to the point dari berbahasa-basi macam ni ?


Betul . tiada sesiapa yang menempelkan bahwa kau perlu bermadah dan berkias bahasa . aku pun manusia jugak , gemar membuahkan pendapat .
Betul kata Fynn Jamal . siapa dia ? adalah . Eh , bukan . bukan seorang yang rapat dengan aku . Entah dia tahu ke tidak kewujudan aku .
Maksud aku , betul katanya . Kadangkala , bermain dengan Kopratasa dan Artfazil , mampu mengajar dalam menghibur .

sudahlah . penat bermain kata seorang diri . Alam maya , kau menipu aku lagi . Selamat malam sayang .

Wednesday, 8 June 2011

renyai

ketika renyai mereka semua keluar menghiburkan hati..dan aku?sendiri disebalik batu bata yang bewarna summer daisy.

tiada entry yang menarik..bosan..kasihan kalian..-fz

pagi ini..

semua orang enak diulit mimpi yang entahkan seronok atau tidak.Semua mengikut haluan masing-masing.Ya pagi ini,pagi yang sepi,menanti kepulangan yang entah bila akan tiba.Berkobar-kobar,kalau boleh tatakala tiba mahu saja terus ketemu...(ahhahahhahaha).

Pagi-pagi kehadiran si sinus membuatkan aku berasa tidak selesa,ditambah kepusingan yang menyinggah di kepala..aaisshh.



pagi semakin tiba.mentari pagi mula menjelma..mari sayang-fz
Di dalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
Rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk kalbumu.

Di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya.
Sakit apa,ya,ada padamu
membawa manja rindumu selalu.

Pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya :
"Rindukah teruna padaku sorang
dara hina di rimba lara?"

Kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah dan laralah badan !

Kadang bintang bertimbang rasa
disela senyum lekas dijawabnya ;
"Usah susahlah duhai dara
kasih si teruna padamu sahaja!"

Khabar manalah yang padat benar
kasihkah, mesraku ,atau bencikah?
Di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapanya.


Bermadah di malam hari.Hanya ini yang terdetik ketika mengubat hati yang lara..Tepat 1.02 am wahai teman.

Burung

Burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya :
Pernahkah ia merasa sunyi?

Kata dan Usaha

Kalau sudah medan luas terdedah
usah ditanya siapa yang pertama ke garis muka.
Kalau semua segar sanggup beri tenaga
peduli nafsu menggila nama.

Siapa perkasa ke hadapan sahaja,
siapa pura-pura pulang sudah,
siapa durhaka beri denda,
siapa berkorban kurniai hadiah.

smile like me-fz

rindu padanya.

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
 
Siapa yang telah mengikat pandanganku?yang berjaya mengalih kan dari yang lain?
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku
 
Sentiasa ada dimana.itu lah orang kata kalau dah suka semua tempat nampak macam dia.
Ingin ku tanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh... hatiku resah selalu
 
Dah tahu nama,tapi nak bertegur sapa,tak beranilah.
Haruskah aku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Ku bagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar
Di setiap ketika
 
Takkan nak luahkan dulu?Nanti di label perigi cari timba bagaimana?Malu bukan?

Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh...tuhan ku rindu padanya
 
Dah bertemu,rindu pula yang menyinggah.

Malam.

malam yang sunyi.Jari-jari molek ni terus menaip laju dan laju terus ke keyboard.Tapi idea untuk menulis entry masih tidak kunjung tiba.Kemana sayang menghilang?Marilah sayang mari.

BOSAN.Bosan sungguh malam ini,tiada bintang,tiada bulan,tiada angles.Bosan dan bosan.Semua camar sudah pulang ke sarang dan aku?Bermain sendiri dengan berjuta-juta kata yang tidak terucap.Mimpi kemana kah kamu?Segeralah jemput aku ke dalam duniamu yang penuh dengan ceritera.Ingin sekali aku menyinggah disana.

SANA.Sana di dunia yang tiada penghujung.Tahukah kita bila kita akan dijemput?Orang kata kalau sudah dijemput,maknanya tuhan sayang.Jadi kita yang masih belum dijemput,tuhan tidak sayang kah?Bukan tuhan sayang akan semua makhluknya?Penciptaku yang satu,berikanlah kami kekuatan untuk menempuh semua dugaan yang ada di dunia yang luas ini.Kami sangat lemah untuk menempuh sendirian.Berikanlah kami petunjuk agar kami stidak terpesong.Tuhanku,bukakan lah pintu hati kami yang tertutup lagi gelap ini.

Sudahlah.Mungkin kalian tidak mengerti semua iniRrindu kamu semua.-FZ

Tuesday, 7 June 2011

Di Kamar Ini Aku Sendiri Tanpa Teman
Berbicara Sendiri Entah Ada Yang Menyahut
Hati Kecil Berkata Siapakah Mereka
Entah Sudi Entahkan Benci

Modifikasi.

Mulut orang perosak motivasi mereka pakar fabrikasi modifikasi , didepan belum tentu cemburu belakang siapa tahu - Malique .

Beralah tidak semestinya mengalah . Beralah tidak bermaksud kau angkat bendera putih dan menundukkan kemegahan .. Kadangkala beralah mengangkat kemegahan tetapi menyimpan harapan dalam kegelapan . Tak salah . Cuma sedikit sesalan terbitan .

MASALAH . Masalah adalah kehidupan . kalau tiada masalah , kau tidak merasa kelangsungan kehidupan . Berani menghadapai masalah bukan kau lari dari masalah dek anak ayam lari terkincit-kincit membontoti emaknya . Realistik . Penyelesaian tidak menjanjikan kemanisan tetapi kau akan terima imbuhan . Mungkin sedikit kepahitan untuk dijadikan tauladan .

PERKATAAN . perkataan yang tidak bermaksud adalah sampah . ya , kau betul . ego tinggi melangit namun terpaksa mengangguk dan berkata kau benar . Maaf , aku bermadah berkias . Orang tua tua kata bicara biar berlapik , sindir biar kena bertepek .

REZEKI . Tuhan , aku mohon Kekuatan , Keberkatan , Keluasan dan Kemurahan rezeki dari segala sudut . Kau menciptakan manusia dan kau memahami manusia sebanyak banyakNya . Kau sentiasa ada pabila tiada sesiapa berada disisi . tetapi kadangkala , aku yang melupakan Pencipta .

Words are strong but never strongful enough to describe feeling . God will always by your side no matter what and when .

                                                                                                                                                   FZ

Monday, 6 June 2011

still smile.

''Fuhhhhhhhhhhhhh !''. tiup habuk sikit . berhabuk dah dashboard dan butang new post tu . lama sangat tak tekan kan . sibuk memanjang bukan kemain lagi , padahal baru bridging kelas je pun . belum ada assignment ke barang jadah haram lagi . huh , poyo .

Beribu juta perkataan sedang buat slideshow dalam kepala otak untuk mengerakkan jari-jemari menari nari ikut gerak cha cha atas board ni . ahh , direct to the point .

NAIK . Kalau korang perhati , sekarang ni satu satu elemen utama dekat Malaysia ni semua naik . Nak senangkan bahasa lagi , HARAM APA SEMUA BENDA NAK NAIK . tak marah , bengang . Bukan nak kopek isu ni tunjuk aku prihatin . Tak . Buang masa nak baziaq ayaq liuq . Cuma tempias kenaikan semua benda ni kena kat aku . Korang jugak kan . Makan mahal . air mahal . api mahal . weh , macam duduk London lah semua mahal .
Barang semua naik , kau tengoklah perut pemimpin barua semua membuncit naik . *cybercop , kalau hangpa baca ni , aku tak kata kat sapa sapa noo , dah siap kasi reminder ni . 


JUJUR . Pernah dengaq honesty is the best policy ? Betul . Cuma kadangkala kita tidak sedar kejujuran sentiasa ada kesan yang sangat mahal tanpa sedar kita terpaksa pegang dan pikul . Jangan sedih . sentiasa Smile Like fz (;


LANGSI . Bila dah tempuh hidup sendiri , dunia realiti , pergaulan muda-mudi , baru sedar ramai yang kerek dan langsi . Tak mengapa , kau kuat pun , Atas korang ada Yang Maha Kuat . Pernah dengar ; bukan nak jadi Brader , Bukan nak jadi Gangster , cuma nak protect ahli Keluarga . tak ? tu Joe Flizzow lah . pikiaq balik .

JAUH . Tengok awan kat atas sana . Jauhkan ? Jauh pun , korang masih boleh nampak warna langit . Pagi bersinar Biru , Malam berhias hitam dan bintang . Perjalanan hidup korang ? jauh dari awan , warna apa pun korang tak tahu . Diri sendiri yang menjadi Pensil Warna dalam mengindahkan dan Mewarnakan Kertas Putih corak kehidupan korang . Aku pohon yang terbaik buat Diriku dan sayang sekalian .

Ahh , aku tertipu lagi dengan helah alam maya . Tulis panjang kemain tapi berbicara seorang . Sudahlah sayang .Kasar jugak bahasa untuk post kali ni. Selamat petang .
Jari- jemari lentok menari nari atas tab . Tersedia sepuluh ribu perkataan untuk dilontar dan ditepek atas dashboard blog .

  Hokaloohhh , mood kau ke mana ? mari ke mari sayang . dah berhabuk dah ruang new post tu , kau tidak kasihan kan dia ? haih , susahnya .

Mungkin sebentar lagi kalian .

Senyum simpul dulu ,
=)

huuuu

huuuuu..tak banyak pun yang menarik cuti cuti ni..semua buat hal masing-masing..
but the best part today .........already 2 month...terima kasih..
semuannya datang ketika kebahagian dan kejayaan semakin hampir di kecapi?mengapa?
ini kah yang dinamakan dugaan?Entah la apa nak jadi sekarang...


KECEWA.Memang kecewa tapi nak buat macam mana.Macam yang sering diperkata kubur masing-masing.Di mana aku betul dan di mata orang?Hanya dia yang tahu.Memang manusia semuanya lain tapi dah nama pun manusia biasalah cara pemikiran mereka berbeza tapi masih boleh berfikir benda yang sama!!
Jadi tak patut pendeta bertindak sedemikian.

KOLOT.Siapalah aku yang hendak mengubah mereka melainkan meraka hendak berubah dari cara pemikiran mereka yang kolot itu ke tahap yang lebih baik.

DIAM.Diam,kalaula boleh.Tapi itu tidak membantu apa-apa.Jadi aku perlu buat apa?Hanya duduk dan terima semua tomahan dari mereka?Sekali dua bolehla tapi kalau dah selalu melampau la.Aku bukan orang yang lurus untuk menelan semua kata-kata itu..Aku hanya manusia biasa yang hendak membela diri dan menuntut hak!Itu sahaja.Kita semua ada bahagian masing-masing dan boelh mempertahan hak yang diberi..


sudahla sayang..tak lalu hendak menaip button2 ni..


                                                                                                 smile like fz =)