Kamu memang seorang peninjau
yang sering meninjau semua di sekeliling
kamu beri banyak peluang kepada orang
dan tidak pernah mengeluh
Aku belajar dari situ
belajar untuk jadi peninjau yang setia
supaya kita hargai semua yang ada di bumi
yang tidak terkira luasnya
seorang yang bagus sentiasa merendah diri
begitu juga kamu peninjau
sangat aku kagumi apa yang
kamu belajar dari kehidupan
kita hidup bukan sekadar hidup
tetapi memberilah sebanyak mana yang
kamu mampu
kamu banyak membuka setiap pintu yang ada
dan memberi peluang untuk orang
macam kami ke depan
dan aku salah seorang
terima kasih peninjau!
Monday, 23 January 2012
Sunday, 22 January 2012
Murai
Lama sudah Laman ni tidak kedengaran deretan bunyi papan kekunci..
Kalau bolehh hendak aku menempel setiap dengupan jantung yang berdegup
tapi sekadar fantasi kerana semua itu tidak mungkin akan berlaku..
Sedikit picisan buat kalian..
Aku tidak gemar murai..kerana apa?Gayanya sudah memadai membuatkan tawaku kurang..
Mengapa ada yang sebegitu?
Mulut orang perosak motivasimereka pakar fabrikasi modifikasi didepan belum tentu cemburu belakang siapa tahu..
Saturday, 21 January 2012
Mencari Revolusi Prasarana Masa Hadapan..
Mencari satu aspirasi
Tidak pasti sejauh mana destinasi
Tercari cari apakah revolusi baru?
Yang pasti nyata kita harungi
Fantasi sekadar di mainkan
Tatkala melankholic bermain di prasarana
Mungkin jadi realiti?
Aku tidak pasti
Bagai tidak berdamba
Hati ini tetap sunyi
Mengapa Tuhan?
Belum masanya.Mungkin
Terus memujuk hati sekeping ini
Tidak pasti sejauh mana destinasi
Tercari cari apakah revolusi baru?
Yang pasti nyata kita harungi
Fantasi sekadar di mainkan
Tatkala melankholic bermain di prasarana
Mungkin jadi realiti?
Aku tidak pasti
Bagai tidak berdamba
Hati ini tetap sunyi
Mengapa Tuhan?
Belum masanya.Mungkin
Terus memujuk hati sekeping ini
Thursday, 19 January 2012
Saturday, 14 January 2012
Jangan, Jangan, Jangan..
Jangan salahkan alam jika alam binasakan kamu
sebaliknya anda sendiri yang buat alam bertindak sebegitu,
Jangan salahkan takdir jika takdir tertulis gagalah kamu,
sebaliknya anda sendiri yang menempa takdir sebegitu,
Jangan salah Tuhan jika permintaanmu tidak tercapai,
sebaliknya soal diri anda mengapa anda tidak mendekatkan diri dengan Tuhan,
Jangan salahkan orang lain tatkala anda jatuh terduduk,
sebaliknya soal diri sendiri apa yang anda telah buat pada mereka,
TETAPI soallah diri anda apa yang anda telah buat selama ini sampai balasan semua ini terjadi kepada anda..
sebaliknya anda sendiri yang buat alam bertindak sebegitu,
Jangan salahkan takdir jika takdir tertulis gagalah kamu,
sebaliknya anda sendiri yang menempa takdir sebegitu,
Jangan salah Tuhan jika permintaanmu tidak tercapai,
sebaliknya soal diri anda mengapa anda tidak mendekatkan diri dengan Tuhan,
Jangan salahkan orang lain tatkala anda jatuh terduduk,
sebaliknya soal diri sendiri apa yang anda telah buat pada mereka,
TETAPI soallah diri anda apa yang anda telah buat selama ini sampai balasan semua ini terjadi kepada anda..
Friday, 13 January 2012
Mari mari kita bercanda!
ffuuhh fuhh..banyak habuk seolah salji putih yang memberi keriangan untuk membuat pari pari salji..lama sudah tidak buka my lovely blog yang benarkan aku curahkan idea yang sentiasa meletup seperti pop corn dalam kepala ni...hehe..
ceritaku tidaklah seindah princess diaries,dan tidak seromantik Lagenda Budak Setan,dan tidak juga sesedih Ombak Rindu..Semuanya biasa,berjalan dengan lancar dengan izin Tuhan yang Maha Pengasih kepada hamba seperti aku..
Hidup ini harus dinikmati setiap,detik dan jangan sesekali menyesal,sekiranya ya kita tidaklah seperti ini.Apa maksudnya?Jawapannya anda sendiri yang tahu..Jangan sesekali menyalahkan takdir tapi tanya diri sendiri mengapa takdir begitu? Itu kerana kita telah menempa awal awal..Contoh,kita nak exam,tapi still main main..no wonder la result pun keluar dengan markah yang kita telah main main dulu..Kan kita sendiri yang menempa takdir?Kita juga tak bolehlah nak redha je dengan apa yang kita dapat..kenalah tingkatkan..okay? move on!
Haaa lagi satu,semua tahu yang zaman sekarang banyak persaingan,jadi kalau nak orang pandang kita,kita harus merebut peluang kerana dari situ orang nampak kita..Lain kata Hot..haha..Canda aja ya kita hari ini..
Bukannya bila kita tak dapat peluang tapi sebaliknya orang lain yang dapat dengan senang kita berkata PILIH KASIH..Tidak,bukan itu pilih kasih .Salah kita tak rebut peluang,bila jadi macam tu mulalah dengki sana sini..Rakan buang la segala titik hitam dalam hati ti..Tak baik.Berfikiran sempit.
So sama sama tingkatkan diri dan jangan lupa bercanda ya..=)..Buat kita rasa bebas..
Tembam Si Penaip. .
Bukannya bila kita tak dapat peluang tapi sebaliknya orang lain yang dapat dengan senang kita berkata PILIH KASIH..Tidak,bukan itu pilih kasih .Salah kita tak rebut peluang,bila jadi macam tu mulalah dengki sana sini..Rakan buang la segala titik hitam dalam hati ti..Tak baik.Berfikiran sempit.
So sama sama tingkatkan diri dan jangan lupa bercanda ya..=)..Buat kita rasa bebas..
Tembam Si Penaip. .
Tuesday, 3 January 2012
Terakhir Buat 2011
Sambil menghirup udara pagi 2011 aku mulakan coretan yang ke berapa entah yang pasti
Untuk terakhir kali bagi tahun ini.
Mari mari mari kita bertandang sebentar.Sudah lama kita bersama aku mahu bercerita sedikit picisanSeantaro Dunia sudah tahu yang angka ni akan berlalu pergi-à2011
Wah sudah lama ya kita bersama dan banyak kau janjikan buat aku.Woha!
Tapi aku yakin yang bakal tiba juga begitu.*wink wink*Sudah banyak kita lalui bersama dan sekarang kau mahu tinggalkan aku.Sudah perjanjiannya begitu.
Banyak yang baik dan buruk.Aku di beri peluang.Terima Kasih Tuhan.Dan secara rasmi pada detik 00.01 aku di gelar calon SPM.Akhirnya benda yang aku rasa lambat lagi bakal mengunjung tiba dan aku bakal tinggalkan sekolah.Sudah masanya.Sudah pasti sedih untuk meninggalkan semua walaupun aku masih baru dibumi Hillcrest.
Pahit dan manis aku banyak tercipta disini dan pasti aku tidak lupakan walaupun secebis.
Semuanya membawa aku ke laluan dimana aku menjadi seorang yang sabar dan tabah.
Macam macam perancangan sudah aku susunkan dalam kalender otak yang seberat 3paun secara purata.Fakta.Naik turun aku sehingga menyembah kembali alam yang luas.
Bagi tahun baru moga kau janjikan lebih dan aku tidak mengharap lebih.2012 selamat datang aku ucapkan yang tinggal berapa detik saja lagi.Semoga di berikekuatan dan kesabaran untuk menempuh sekali lagi jika di izinkan Tuhan.Sekiranya aku tersungkur di separuh jalan dan jika tidak aku ungin memohan kemaafan dari semua.Aku manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Aku berharap dapat berlakon dalam hidup sendiri sebaik mungkin dan aku boleh jadi actor terbaik.Untuk ke pentas dunia kita harus menjadi pelakon terbaik buat hidup dahulu.
P/S:coretan terakhir,peluang terakhir aku sisipkan disini.Huha! Selamat Tinggal! ;-)
Subscribe to:
Comments (Atom)