Thursday 9 August 2012

orang selalu kata yang pergi biar pergi.
orang selalu kata "biarlah tuhan lebih sayangkan dia"
orang selalu kata dah ajal dia.
orang selalu kata sudah sampai waktu dia
orang selalu kata nanti masa kita akan tiba
tapi pernah tak dalam masa orang berkata begitu kita terfikir sesuatu ?
pernah kita ingatkan sesama kita TAK  APA DIA MILIK TUHAN
sudah tiba TUHAN ambil hak DIA
kita pula janganlah terlalu merintih melampau lampau.kata orang putih over acting macam tu.

selorek pena

Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada unit Sidang Redaksi untuk menerbitkan majalah BESTARI edisi ke-15 dan buat Pn.Norlida Yusof terutamanya yang sentiasa membimbing dan bersama saya sepanjang persediaan majalah sekolah tahun ini.
Majalah merupakan media yang dapat mengembangkan bakat serta memperluas ilmu dari segi ICT jadi saya amat bertuah kerana mempunyai pasukan yang kreatif serta berinovatif dalam menghasilkam majalah  BESTARI ini.Mereka juga tidak lokek memberi idea-idea yang menjadi pemangkin kejayaan penerbitan majalah ini.
Persediaan dalam pengurusan majalah banyak memberi dugaan yang mencabar saya dan ahli Sidang Redaksi namun situasi ini tidak mematahkan semangat kami semua kerana kami sentiasa bersiap siaga untuk memberi  yang terbaik buat tatapan warga Hillcrest.Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga  bagi saya untuk tahun akhir di SMKHC.Pelbagai ilmu pengetahuan  seperti selok-belok dunia penerbitan dan juga pengiklanan yang dapat saya timba dan berkongsi bersama-sama dengan pasukan saya.
Akhir kalam, semua ahli Sidang Redaksi amat  bersyukur kerana berhasil mencatatkan  segala detik peristiwa penting di SMKHC sepanjang tahun ini.Harapan kami agar majalah ini memberi makna yang besar kepada semua warga Hillcrst khususnya para pelajar dalam menghargai guru-guru dan seterusnya berbangga dengan SMKHC.Sekiranya ada yang kurang itu semuanya kekhilafan yang tidak disengajakan dan mohon maaf saya ucapkan.

salam hormat.

Sunday 17 June 2012

Selorek Pena

Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada kru Sidang Redaksi untuk menerbitkan majalah BESTARI edisi ke-15 dan buat Pn.Norlida Yusof terutamanya yang sentiasa membimbing dan bersama saya sepanjang persediaan majalah sekolah tahun ini.

Majalah merupakan media yang dapat mengembangkan bakat serta memperluas ilmu dari segi ICT jadi saya amat bertuah kerana mempunyai pasukan yang kreatif serta berinovatif dalam menghasilkan BESTARI.Mereka juga tidak lokek memberi idea-idea yang menjadi mangkin kepada majalah ini berjaya.

Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh warga SMKHC yang sentiasa optimis dengan setiap apa yang dilakukan.Lantaran itu,maka wujudlah satu organaisasi sekolah yang jitu dan lebih efisien.Semua yang dikecapi oleh mereka telah kami coretkan semuanya dalam BESTARI buat tatapan semua.

Akhir kalam,saya dan kru-kru Sidang Redaksi berasa amat bersyukur kerana momentor yang mencatatkan segala detik peristiwa di SMKHC sepanjang tahun akhirnya berjaya disiapkan dengan jayaanya untuk santapan semua.Sekiranya ada yang kurang itu semuanya kekhilafan yang tidak disengajakan dan mohon maaf saya ucapkan.

salam hormat.


Wednesday 2 May 2012

random

Hai Hai Hai ! lama sudah tidak berbicara..papan kekunci juga senyap berbunyi..
apa yang berlaku?

aku tak cakap dia salah.
aku tak cakap kau salah.
lain orang lain cara.
bukan semua suka cara kita.
kita tak boleh harap lebih dari orang.
kengkadang ada lopak.
aku jatuh terkopak.
kengkadang ada duri.
aku tersagat sendiri.
aku puitis bukan romantis.
aku jadi gratis sebab kengkadang aku
picis.
kecewa ini.
pasti terubat.
mungkin secara sedar atau tidak aku
mendaki sendiri.
mungkin  aku berlari
secara tidak sedar.
mungkin satu hari aku sampai puncak.
semua itu kerja Tuhan.
aku terus berdayung tanpa henti.

Sunday 15 April 2012

hoping that 1 day i will get it..

Fianna Flap Buckle Bagnak bag yang ala ala ni..dream yang entah ke berapa.tahu hati melonjak nak!..*sigh* sabar sabar..pujuk hati..

aku rasalah

Pandang sekeliling
Lihat dunia
pandang sekeliling
juta macam fiil makhluk bernyawa

menggeletik merebut peluang
menggeletik menjatuhkan orang
tidak mahu duduk sama rendah
tidak mahu berdiri sama tinggi
orang zaman semua dihujung jari la katakan
mahu dipandang tinggi
setinggi pencakar langit?
mampu?
semua orang mampu
beza kau,aku dan dia
cara kita nak ke sana
selaju Formula One?
selaju Volkswagen?
kita tetap sampai
cuma mampu atau tidak?
sabar atau tidak?
semuanya jadi kalau Tuhan beri
jangan pertikai cara mereka!

Sunday 8 April 2012

kisah..

Lautan pentas hidup besar,
Penat lelah aku dayung sendiri,
Ada orang kisah?
tak !
Aku mintak makan sama korang?
tak!
Jadi janganlah pertikaikan apa yang aku dapat..