Saturday, 26 November 2011

welcome back!

selamat kembali! hirup udara di sini buat kali pertama setelah sekian lama tinggalkan..
lain rasanya..
a new day@ gombak..
macam-macam dapat ditempat orang..
berbaloi rasanya beli kesusahan..dibawa kemana-mana..
tak rugi dan tiada sedikit pun sesalan yang singgah di hati..
terima kasih tuhan untuk semua..


wAAhh banyak cerita di sana..
pengalaman yamg menakjubkan .
hujan yang mengajar kita supaya bersabar . .
dalam hujan aku sentiasa berdoa . .
mujarab katanya . .
harap serupa apa yang diatakan . .
setelah kembali kesini aku rasa tiada apa yang susah . .
tempoh hari waktu daki gunung aku boleh tempuh . .
dan sekarang hujan.?
aku juga boleh . .
rasa bersyukur diberi peluang. .
kalau dulu aku rasa hujan amat menyiksakan . .
kini tidak lagi . .
hujan ibarat panas tidak kira waktu . .
tiupan angin membawa aku kemana-mana . .
begitu jugak ombak yang menggulung. .
disana semua masalah aku lupa . .
dan aku putuskan semua dunia luar . .
dan aku berjaya!
mengenal orang di serata pelosok . .
aku gunakan kemahiran yang ada . .
walaupun aku kurang bernasib baik disana
aku masih boleh bersabar . .
 BERSABAR . .
sudah banyak aku praktikkan disana . .
semakin tinggi kesabaran dalam diri . .
perasaan marah juga aku buang
sejauh yang mungkin . .
mungkin tiada rezeki aku untuk
menyimpan baju-baju itu . .
walau hanya baju tapi setiap satu
punya cerita sendiri . .


p/s :walaupun baju hilang aku masih kuat untuk teruskan hari itu..bertemankan kawan dan hujan..
     hujan? no hal la..cheers ;)

Friday, 18 November 2011

huuuu..mahu tinggalkan dahlia and semua for a week!
bye2!
apa1 nanti kita bercerita!

adios!

Wednesday, 16 November 2011

Hati

Hati .
Kenapa kau rasa sunyi ?
Kenapa kau rasa sepi ?
Bagaikan tidak berdamba .
Terlalu banyak berdusta .
Acapkali berjoli suka ria .
Hati .
Semua yang kau nak ku beri .
Tiada sangsi .
Tiada peri .
Tapi .
Kenapa masih sunyi ?
Mengapa masih berdamba sepi ?
Apa lagi tidak kuberi ?
Mungkin .
Aku terlupa .
Yang Maha Agung . AllahuRabbi .

p/s ; kuat berjoli sangatkah aku ni ? mungkin~

Picisan Kehidupan.

Aku gemar berjumpa orang baru .
Biar aku kenal .
Gaya mereka .
Cara mereka .
Cakap mereka .
Biar aku selidik hati .
Biar tak dapat ditipu mati .
Tak bersangsi .
Boleh berkongsi .

Ragam manusia . Biasalah .
Rambut sama hitam hati lain lain .
Tapi, sekarang banyak kaler dah tak sama .
Setiap manusia mentafsirkan kehidupan dari pandangan berbeza . Dari kehidupan mereka .
Adat dan direktori yang ditetapkan oleh keluarga dan ibu bapa .
Itu yang paling jelas membezakan manusia .
Aku tak pandang kasta .
Aku tak pandang rupa .
Aku carik ketulusan .
Kejujuran .
Keikhlasan berkawan .
Tua . Muda . Belakang cerita .
Lain orang lain cerita . Lain cerita lain pengalamannya . Lain pengalaman bertambah ilmu di dada .

Pernah dengar orang cakap kehidupan adalah subjektif ?
Alaa, macam nilah . Pernah ambek exam kertas subjektif kan ? Ada soalan dan kau kena tulis jawapan sendiri .

Aplikasi dalam kehidupan .
Soalan - Panduan dalam menjalani kehidupan . Agama . Adat . Nasihat . Pengalaman .
Jawapan - Kehidupan yang kau coretkan . Kau lakarkan sendiri .

Macam nilah . Pandang awan dan langit .Jauhkan ? Tapi Nampak warnanya kan ? Siang - putih kebiru-biruan . Malam - gelap bercahaya .

Kehidupan ? Ada nampak warnanya ? Pastinya tidak . Cara kau . Gaya kau . Ilham kau . Cerita kau . Yang menulis , melukis , mewarna malah menconteng warna kehidupan kau .

Aku ? Kata ku . Gaya ku . Cara ku . Cerita ku . Ilham ku . (;

Berkongsi

Kalau aspirasi menjengah diri.
Jangan lokek nak berkongsi .
Cuba isolasi suara bunyi .
Biar serasi dengan penduduk bumi
Boleh diaplikasi dalam hidup sehari.
Jangan dibiar ilmu mati.
Nanti dianggap kejam inkarserasi .

p/s ; Ilham ditengah malam . Tak salah berkongsi (;

Thursday, 3 November 2011

Orang Bodoh!

Orang pandai tak selalunya pandai.Pernah tak terfikir yang orang pandai sebenarnya bodoh?
Jangan marah kerana ini apa yang aku rasa.
Memang mereka pandai dalam akademik and so what ever tapi pernah tak kalian perasan
Majority daripada mereka ada yang bodoh dari beberapa aspek?
Ini ceritanya,mereka bodoh bab menghormati orang dan bodoh kerana perlekehkan orang.apa dia ingat dia sudah pandai boleh sesuka alam hendak mengherdik orang?
Mereka juga selalu tidak menjaga tutur kata mereka,ada saja yang ingin dilemperkan kepada orang lain dengan kata –kata yang jijik lagi memualkan..Apa mereka sudah cukup pandaikah? anda rasa?

Tidak!
Mereka masih lagi bodoh.belajar tingggi-tinggi tapi lupa benda yang sejak kecil dan azali
Yang diterapkan oleh agama dan juga ibu bapa?Haa mesti hairan.masakan orang pandai pelupa?
Sebab itu aku kata mereka bodoh!Benda yang sekecil kecil perkara itu boleh lupa.ingat yang kecil itu besar maknanya sekiranya kita buat demikian
Contoh: Pernahkah anda menegur atau berbual bual dengan cleaner di tempat anda?Tak pernah bukan?Kalau ada pun dalam jumlah sekecil kuman.
Cuba satu hari anda tegur dan bertanyakan khabar?Pasti orang tu rasa dihargai.ini maknanya kecil itu besar.Sesuatu yang kita buat walaupun tidak mengeluarkan modal yang besar tapi cukup memulangkan pulangan yang besar.

Jadi orang –orang pandai ini terlalu bodoh untuk memikirkan perkara yang sekecil ini.ini bukan bermakna aku cemburu akan kebijaksanaan mereka tetapi  terkilan dengan golongan pandai ni.dan geram kerana tidak tahu hormat orang lain

Jatuhkan taraf mereka?Terkoyakkah gulungan PhD mereka?Tidak bukan?Jadi apa salahnya berbudi bicara sedikit.tutur dengan kata-kata yang sopan.
Cuba kita lihat PM kita,adakah jatuh taraf  beliau sebagai Perdana Menteri?Tidakkan.
Jatuhkah taktha seorang Raja apabila bersuara dengan tutur kata yang elok?Tidakkan.
Inilah golongan bijak pandai yang tahu menggunakan kebijaksaan mereka.Ya mungkin anda rasa kerana mereka golongan pemerintah jadi mereka harus berkata manis tetapi anda juga perlu ingat tak kira sesiapa pun jika mereka berbudi bicara tiada apa yang akan berubah.malahan orang akan lebih hormat dan sayang akan kita..tak rugi untuk berbuat sesuatu yang baik kepada orang lain


P/S: Ini apa yang aku rasa dan apa hati aku berkata.Picisan kali ini agak kasar. ;)