Wednesday, 8 June 2011

Di dalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
Rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk kalbumu.

Di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya.
Sakit apa,ya,ada padamu
membawa manja rindumu selalu.

Pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya :
"Rindukah teruna padaku sorang
dara hina di rimba lara?"

Kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah dan laralah badan !

Kadang bintang bertimbang rasa
disela senyum lekas dijawabnya ;
"Usah susahlah duhai dara
kasih si teruna padamu sahaja!"

Khabar manalah yang padat benar
kasihkah, mesraku ,atau bencikah?
Di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapanya.


Bermadah di malam hari.Hanya ini yang terdetik ketika mengubat hati yang lara..Tepat 1.02 am wahai teman.

No comments:

Post a Comment