6 haribulan . Enam hari sudah aku berpuasa . Iya , Kau pun puasa . Kau juga . Iya, dan Kau juga . Pelbagai coretan yang terlakar dibulan mulia ini .
Apa Cerita ?
Banyak Cerita . Ceritera yang kalau dicerita tetap tidak akan pernah habis ceritanya . Kehidupan yang berjalan dari hari ke hari mencoretkan kisah dan pengalaman yang berbeza . Kehidupan yang ku ambilnya isinya untuk mengajarku menjadi lebih celik berbanding hari-hari semalam .
I dont change . I just grow up and learn different things . Have a shot sometimes.
Kalau diselak kamar hati , banyak yang nak dikongsi rasa tapi lidah ku bisu seribu kata . Jari-jemari yang menaip hanya turut perintah akalku yang mengawal saluran saraf ke jari ku .
oh iya , buat rakan rakan kesayangan nun disana . Seribu kemaafan ku pinta kerana tidak dapat bersama malam ini . Have your night
Apa lagi ?
Tiada lagi . Hingga ke coretan seterusnya .
p/s : Kau lah tempat ku mengadu Tuhanku .
No comments:
Post a Comment