Kepuasan untuk hari ini sangat memuaskan.Semuanya dirancang berjalan seperti yang dirancang dengan keizinan Maha Esa.Terima kasih!.
Kepuasan belajar dengan penuh ketekunan walaupun suasana tidak begitu serasi dengan
Kehadiranku.
Kepuasan menikmati keindahan khazanah yang tuhan berikan kepada kita semua.Yang kini semakin di pandang enteng oleh manusia sejagat.Tidak tahu untuk menghargai,
Yang tahu hanya mengkritik sana sini.Kemana tanda kesyukuran mereka?Menikmati hujan di petang hari,berjalan dalam hujan dan merasai kehadiran angin yang beralun
Dengan riangnya .Menepuk nepuk kulit dan belaian demi belaian sampai tepat ke muka.
Tuhan Maha Pencipta,menciptakan angin yang memberikan ketenangan tak kira apa keadaan.Kehadirannya menbuat kita rasa tenang seketika dan terlupa sejenak apa yang
Membelenggu di fikiran.Apa yang berlaku sekiranya satu hari tiada angin yang hadir
Dalam hidup kita?Pasti sesak rasanya.
Terima kasih tuhan kerana berikan aku kehidupan yang sementara tetapi bermakna
Untuk seketika merasai kepuasan
No comments:
Post a Comment