Orang pandai tak selalunya pandai.Pernah tak terfikir yang orang pandai sebenarnya bodoh?
Jangan marah kerana ini apa yang aku rasa.
Memang mereka pandai dalam akademik and so what ever tapi pernah tak kalian perasan
Majority daripada mereka ada yang bodoh dari beberapa aspek?
Ini ceritanya,mereka bodoh bab menghormati orang dan bodoh kerana perlekehkan orang.apa dia ingat dia sudah pandai boleh sesuka alam hendak mengherdik orang?
Mereka juga selalu tidak menjaga tutur kata mereka,ada saja yang ingin dilemperkan kepada orang lain dengan kata –kata yang jijik lagi memualkan..Apa mereka sudah cukup pandaikah? anda rasa?
Tidak!
Mereka masih lagi bodoh.belajar tingggi-tinggi tapi lupa benda yang sejak kecil dan azali
Yang diterapkan oleh agama dan juga ibu bapa?Haa mesti hairan.masakan orang pandai pelupa?
Sebab itu aku kata mereka bodoh!Benda yang sekecil kecil perkara itu boleh lupa.ingat yang kecil itu besar maknanya sekiranya kita buat demikian
Contoh: Pernahkah anda menegur atau berbual bual dengan cleaner di tempat anda?Tak pernah bukan?Kalau ada pun dalam jumlah sekecil kuman.
Jadi orang –orang pandai ini terlalu bodoh untuk memikirkan perkara yang sekecil ini.ini bukan bermakna aku cemburu akan kebijaksanaan mereka tetapi terkilan dengan golongan pandai ni.dan geram kerana tidak tahu hormat orang lain
Jatuhkan taraf mereka?Terkoyakkah gulungan PhD mereka?Tidak bukan?Jadi apa salahnya berbudi bicara sedikit.tutur dengan kata-kata yang sopan.
Jatuhkah taktha seorang Raja apabila bersuara dengan tutur kata yang elok?Tidakkan.
Inilah golongan bijak pandai yang tahu menggunakan kebijaksaan mereka.Ya mungkin anda rasa kerana mereka golongan pemerintah jadi mereka harus berkata manis tetapi anda juga perlu ingat tak kira sesiapa pun jika mereka berbudi bicara tiada apa yang akan berubah.malahan orang akan lebih hormat dan sayang akan kita..tak rugi untuk berbuat sesuatu yang baik kepada orang lain
P/S: Ini apa yang aku rasa dan apa hati aku berkata.Picisan kali ini agak kasar. ;)
No comments:
Post a Comment