Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada unit Sidang Redaksi untuk menerbitkan majalah BESTARI edisi ke-15 dan buat Pn.Norlida Yusof terutamanya yang sentiasa membimbing dan bersama saya sepanjang persediaan majalah sekolah tahun ini.
Majalah merupakan media yang dapat mengembangkan bakat serta memperluas ilmu dari segi ICT jadi saya amat bertuah kerana mempunyai pasukan yang kreatif serta berinovatif dalam menghasilkam majalah BESTARI ini.Mereka juga tidak lokek memberi idea-idea yang menjadi pemangkin kejayaan penerbitan majalah ini.
Persediaan dalam pengurusan majalah banyak memberi dugaan yang mencabar saya dan ahli Sidang Redaksi namun situasi ini tidak mematahkan semangat kami semua kerana kami sentiasa bersiap siaga untuk memberi yang terbaik buat tatapan warga Hillcrest.Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya untuk tahun akhir di SMKHC.Pelbagai ilmu pengetahuan seperti selok-belok dunia penerbitan dan juga pengiklanan yang dapat saya timba dan berkongsi bersama-sama dengan pasukan saya.
Akhir kalam, semua ahli Sidang Redaksi amat bersyukur kerana berhasil mencatatkan segala detik peristiwa penting di SMKHC sepanjang tahun ini.Harapan kami agar majalah ini memberi makna yang besar kepada semua warga Hillcrst khususnya para pelajar dalam menghargai guru-guru dan seterusnya berbangga dengan SMKHC.Sekiranya ada yang kurang itu semuanya kekhilafan yang tidak disengajakan dan mohon maaf saya ucapkan.
salam hormat.
No comments:
Post a Comment