Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada kru Sidang Redaksi untuk menerbitkan majalah BESTARI edisi ke-15 dan buat Pn.Norlida Yusof terutamanya yang sentiasa membimbing dan bersama saya sepanjang persediaan majalah sekolah tahun ini.
Majalah merupakan media yang dapat mengembangkan bakat serta memperluas ilmu dari segi ICT jadi saya amat bertuah kerana mempunyai pasukan yang kreatif serta berinovatif dalam menghasilkan BESTARI.Mereka juga tidak lokek memberi idea-idea yang menjadi mangkin kepada majalah ini berjaya.
Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh warga SMKHC yang sentiasa optimis dengan setiap apa yang dilakukan.Lantaran itu,maka wujudlah satu organaisasi sekolah yang jitu dan lebih efisien.Semua yang dikecapi oleh mereka telah kami coretkan semuanya dalam BESTARI buat tatapan semua.
Akhir kalam,saya dan kru-kru Sidang Redaksi berasa amat bersyukur kerana momentor yang mencatatkan segala detik peristiwa di SMKHC sepanjang tahun akhirnya berjaya disiapkan dengan jayaanya untuk santapan semua.Sekiranya ada yang kurang itu semuanya kekhilafan yang tidak disengajakan dan mohon maaf saya ucapkan.
salam hormat.
No comments:
Post a Comment