Saturday, 14 May 2011

selamat pagi dunia..

6.00 a.m


selamat pagi kepada penghuni dunia...

Hati terasa berat unuk bertemu dengan dunia..terasa malu untuk bersemuka..seperti ada sesuatu yang menghalang..kepada penciptaku, permudahkanlah hari hambamu ini..
Terima kasih juga kerana pinjamkan lagi satu hari dunia ini kepadaku.Kau beri peluang untuk aku membuat ibadah pada hari ini.Terima kasih!.Sesungguh pun aku amat menghargai dan akan aku gunakan hari ini sebaik-baiknya.Akan aku bangkit untuk bertemu dengan bumi bertuah ini.Mungkin ada sebab mengapa Penciptaku beri  peluang.
Bagaimanalah sekiranya nanti aku sudah tidak dapat menghirup udara di bumi khazanah ini lagi?Bagaimana kehidupan aku di dunia sana nanti?Ya aku semakin ke satu lagi peringkat untuk bertemu dengan seseorang.Siapa orang itu?Orang yang tidak pernah aku tatap wajahnya,amat menyayangi aku..Mungkin pernah tetapi di saat itu penglihatanku masih lagi kabur.Dan penglihatan dia juga semakin kabur.Pilu rasanya apabila tidak dapat meratapi wajah orang yang kita sayang.Aku dan dia
Sangat lemah keadaan aku ketika ini.Dalam sejarah aku menceritakan dan luahkan tentang dia.Selama ini aku tidak begitu kuat untuk berbicara mengenai dia aku pendam semua rasa dalam hati.Sekarang?Aku sebenarnya masih tidak kuat,walaupun usiaku semakin lanjut dan semakin matang.Ya mungkin kalian ingat aku sekarang sudah kuat tetapi hakikatnya tidak,aku masih lagi lemah seperti aku mula-mula tahu mengenai kematian dan tidak tahu sampai bila semua ini akan berlanjutan.
"Tuhan percepatkan pertemuan aku dan dia"..semakin hari semakin aku rindu akan dia.Hati ini sudah mula memberontak,dan pada masa yang sama aku sangat gusar kerana takut tidak dapat mengawal perasaan.Pabila hasutan si bertanduk mula menghasut aku.
Entah mengapa di pagi hari yang indah ini aku melalut,mungkin kepenatan semalam masih berlegar-legar jadi di pagi dan membuatkan aku ingin luahkan benda-benda ini semua..


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

No comments:

Post a Comment