Sunday, 11 March 2012

Bahasa Kita atau Bahasa Orang?

Perasan tak majoriti daripada kita lebih pentingkan dan bangga dengan bahasa orang lain?Tiada nilai komersial atau nilai yang tinggi ke dalam Bahasa Melayu?Ada sebenarnya tapi ditenggelami dek 'peredaran zaman serba platinum' kata  orang serba tahu ,semua di hujung jari,bila tak tahu dikata kuno.

Malu untuk mendengar lagu melayu,malu nak berbahasa melayu bila di khalayak ramai.Tak salah nak maju ke depan,tuntutan agama juga menyuruh kita ke depan tapi tak bermakna harus lupa yang lama.-Habis madu sepah dibuang.

Nak martabatkan bahasa.Kerajaan buat macam macam nak perkukuhkan bahasa ibunda yang diguna sejak penjajah jejak ke tanah jajahan.Tapi masyarakat ada ambil kisah?Kalau ada syabas buat kalian.Tulus daripada hati kerdil yang menulis mengikut hati ini.Yang lain mana?Masih agungkan yang luar?

Contoh : kechap,sayo,kueh,maen dan etc.Penggunaan kerap dan tidak ambil peduli membuatkan kita sendiri tak reti nak bezakan mana yang betul dan mana yang serong.Tak mustahil pelajar menggunakan dalam peperiksaan.Macam mana nak martabatkan kalau masih gunakan bahasa seperti itu?Dari bahasa pasar sudah jadikan rosak dan ditambah dalam peperiksaan semua.Perbendaharaan kata orang kita dalam bahasa melayu sangat rendah..Saya juga begitu.

Peringatan buat saya juga supaya perbaiki dari masa ke semasa untuk jadi yang terbaik.Jadi pertimbangkan semuanya ya..Sekian.

No comments:

Post a Comment