*hati berkata-kata,otak menyusun kata*
Lama sudah kita tak ketemu,maaflah ketandusan idea dan kata-kata ditambah dengan kesibukan yang melanda..Bak kata orang 'maklumlah senior year'..Aku juga kata begitu.Banyak yang terjadi dalam tempoh dua bulan kebelakang.
Apa yang berlaku?
Persiapan buat ke Ujian Sikap tersangatlah dalam dilemma di saat-saat akhir.Semuanya bercampur-baur yang dinamakan PERASAAN.Tekanan tak usah di timbulkan kerana macam macam yang terjadi.Ah! Zaman sekarang tanpa cabaran tidak panggil kehidupan.Kebenaran?Anda jawab sendiri ;)
Bertimbun?
Kerja yang harus di follow up senantiasa buatkan tak menang tangan.Aku ancaman ke bagi picisan mereka?Aku sekadar manusia yang merebut peluang.Peluang hanya datang sekali,kalau dua kali?Mungkin rezeki buat hari itu.Sekadar menjalankan tanggungjawab kerana yang menanggung aku,jadi jangan persoalkan.Teguran?Dialu-alukan untuk menegur .Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.
Berjawatan bukan tamak.
Bukan aku yang mahu tapi sudah diberi,kita ambil.Kata orang rezeki jangan ditolak.Aku mengambil kesempatan(secara sah) yang diberi untuk melatih diri dan cuba belajar ilmu baru.Bukan bermaksud hendak mengangkat kepala setinggi yang boleh.Tapi mereka yang pandang dari perspektif yang lain menganggap suatu yang negatif.Ah biarlah orang nak kata apa,sampai bila nak maju kalau nak dengar cakap suara suara sumbang yang tak beri aku makan?So,keep your mouth shut up! Boleh?
Terasa?
Terasa silakan.Anda yang nak terasa.Nama anda tidak disebut dalam blog ini jadi jangan dipertikai dan nak saman menyaman.Semua yang di post dalam blog ini adalah umum,tidak ditujukan untuk mana -mana pihak.Kalau nak kata saya bermegah?Silakan,itu mulut anda,bukan mulut saya,dia atau tempayan yang boleh ditutup.Siapa yang tak bangga dengan diri sendiri?Penat lelah ,berjuang sana-sini ,korban situ -sana takkan tak bangga dengan hasil yang anda dapat?Bodoh namanya orang begitu.Bersyukur dengan apa yang anda lakukan.Bersyukur kepada Tuhan kerana izinkan.
p/s; Kata-kata setelah 3 minggu simpan dan puas mengarang.Semua terjadi atas kehendak Tuhan.Jangan sesekali salahkan Takdir.Ketemu lagi. - ZF-
No comments:
Post a Comment