Thursday, 15 December 2011

15 Tahun & Aku & Insan Bergelar Bapa

15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu nama penuh abah. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu apa-apa mengenainya..
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu salasilah keluarganya. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu apa puncanya..
15 tahun aku hidup aku tidak pernah mengenali wajahnya walaupun dari sekeping gambar. .
15 tahun aku hidup aku tidak pernah tahu tarikh matinya

Aku anak yang terukkah?Hmm..Entah..Mungkin…Setiap kali menziarah sedara mara lebih lagi yang tua mereka acapkali bercerita tentang individu yg aku di Bintikan..Dari situ aku tahu mengenai dia.tidak banyak yang aku tahu,Selama aku membesar dari situ aku kumpulkan maklumat sikit demi sedikit.Keluarga terdekat tidak pernah bercerita dan aku tidak pernah bertanya..Mungkin aku tak sanggup?Mungkin aku tak terima?Aku sendiri tidak tahu mengapa jadi sedemikian.Aku pun tak tahu..yang aku tahu (tak tahu tarikh yang sebenar)ketika dia hendak di hantarkan ke Jepun pada hari itu jugaklah dia meninggal..Jepun di mana dia akanmendapat rawatan susulan yang terbaik untuk penyakitnya..Mungkin ada hikmah mengapa Tuhan ambil dia pada hari tersebut.Tuhan tak mahu dia lagi menderita dengan penyakit yang di hidapi.Benda ni berlaku sebulan selepas aku di lahirkan dan dia tak dapat melihat anak perempuannya hanya dapat menyentuh..Aku tidak pernah mengenali insan yang bergelar Ayah..Aku tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.

Selama ini aku simpan semuanya aku buat endah tak endah.Hakikatnya aku memendam rasa.Seronok melihat bapa-bapa lain yang berseronok dengan anak mereka,pergi memancing,berjalan-jalan,lakukan aktiviti bersama-sama dan aku tak pernah merasai semua tu.Aku tidak salahkan apa yang tertulis untuk aku kerana aku tahu Tuhan merancang sesuatu yang lebih baik.Aku harap anak-anak di luar sana hargai dan luangkan masa bersama-sama dan hargai sementara Tuhan tidak ambil hak milikNya.

 p/s : Kali pertama aku bercerita tentang kehidupan aku.Sekadar ingin keluarkan apa yang selama ini menyesakkan dada..

No comments:

Post a Comment