Monday, 5 December 2011

Menerima Apa Adanya

                   



“Hari ini aku menerima segalanya dalam hidupku.Orang,situasi,keadaan,kesusahan,kesedihan dan sebarang kejadian sepertimana ianya.”


Sedar dan tahu bahawa sememangnya alam berkeadaan begini pada masa ini dan semestinya begini kerana alam semesta memerlukan keadaan sebegini untuk terus kekal berfungsi dan seimbang.Saat yang kita alami ketika ini adalah merupakan kemuncak dari semua masa yang sedang berjalan,kerana segenap alam semesta adalah seperti adanya ketika ini dan mengikut system yang telah ditetapkan Tuhan.

Alam berfungsi atas dasar harmoni dan berpegang kepada system dan program yang sempurna (precise)sejak azali.

Peredaran tidak ada cacat cela sejak berjuta-juta tahyn lalu, berfungsi sempurna hari ini dan akan terus berfungsu dengan sempurna di masa hadapan,sehinggalah Tuhan sendiri yang mengubahkannya.Alam tidak berupaya mengingkari system yang telah diprogramkan untuknya,walaupun seinci.

Tidak seperti manusia!Sungguhpun manusia itu sebahagian dari alam,ia berupaya menentang sesetengah perintah Tuhan.Perkara-perkara perkara yang melibatkan peredaran atau program alam.Tubuh manusia adalah hakalam.Ia mesti bernafas menggunakan oksigen,mesti makan dan minum,darah mengalir,tidur dan akhirnya mati.
Roh manusia berkemampuan untuk menidakkan perintah dan suruhan Tuhan,sungguhpun tubuh yang didiaminya mematuhi system alam dan juga mematuhi Tuhan.

Jika kita memberontak kerana tidak memperolehi apa yang kita inginkan,sebenarnya pemberontakan itu adalah terhadap alam semesta.Kita mestilah menerima dengan menyeluruh apa yang berlaku ketika ini walaupun tidak sepertimana yang diharapkan.Kita boleh meletakkan harapan-harapan yang lain untuk masa depan.Begitu juga jika kita marah kepada seseorang atau sesuatu perkara,sebenarnya kita marah dan kecewa dengan perasaan kita,bukannya orang atau perkara tersebut.Kita perlu bertanggungjawab terhadap perasaan kita sendiri dan mengubahkannya.

No comments:

Post a Comment