Tidak ke anda rasa di dunia ini banyak yang tidak adil..Ini bukan soal takdir atau apa Cuma manusia itu sendiri yang membuat sesuatu perkara itu tidak adil.Di sini ingin Dahlia nyatakan,sebelum itu semua ini hanya pandangan.”Everyone has their own nose”.Begitu juga anda.
Ini ceritanya.Mengapa orang yang tinggi IQnya(pandai)harus di beri keutamaan yang melambung tingginya,sedangkan yang sebaliknya tidak(kurang bijak).Bukan ke ini di gelar tidak adil?Sepatutnya kedua-dua harus di beri perhatian yang sama.Mereka yang pandai harus diasah lagi manakala yang tidak kita tingkatkan lagi.Sekiranya tidak dari segi akademik mungkin dari segi lain.Setiap dari kita mempunyai kepandaian dan keistimewaan tersendiri..Begitu juga anda dan saya.Ini bukan soal cemburu ya,saya sendiri ada tahap kepandaian yang Tuhan berikan sama seperti yang lain-lain.Kita sendiri yang kena manfaatkan.Jadi semua pihak mendapat perhatian.Tiada alas an untuk merungut atau mengadakan propaganda.Semua ini selalu dikaitkan dengan darjat dan politik.Kita semua sama sahaja,anda yang tentukan.Relevan lagi ke darjat tu?Orang yang pandai tidak boleh bergaul dengan mereka yang lemah?Sungguh rendah mentality mereka.Sekarang zaman 21st century tetapi masih ada segelintir dari manusia masih lagi berfikaran bukan pada tahap ini.Memang kita tidak boleh mengharap lebih daripada mereka Cuma mereka sendiri yang harus keluar dari tempung kerana ada golongan yang pandai ini mengganggap mereka sudah berkuasa tetapi hakikatnya kamu masih berada di bawah termpurung..Hey wake up today is 21st century man!
Kesimpulannya kita harus sama-sama memberi peluang kepada semua untuk menyerlah kerana di depan sana ada sesuatu yang menanti.Jadi jangan sesekali merendahkan seseorang itu dengan alas an di bawah anda kerana dia tidak pandai.Kita tidak tahu yang sebenarnya ada perkara yang dia lebih arif daripada anda walaupun dia tidak mempunyai sehelai kertas bernama ijazah.
No comments:
Post a Comment